Author Archives: Nina

Saya Sudah Bersekolah

Standard

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyambung cerita saya di dalam blog ini setelah hampir 6 bulan tiada sebarang entri.

Sebenarnya kamera ayah saya rosak. Apa pula kaitannya dengan blog saya ini? Oh, tanpa gambar daripada kamera ayah, tiadalah bahan untuk blog saya ini. Setiap kandungan perlu ada gambar. Itulah peraturan dari ayah sejak dulu.

Oh, baiklah. Terus kepada ย cerita di tahun baru 2013.

Image

Pada bulan Januari lalu, saya didaftarkan masuk oleh ayah dan mama ke tadika.

Image

Patutlah, saya sudah besar, tidak lama lagi akan berusia 5 tahun pula.ย Saya fikir, saya perlu belajar berdikari sedikit demi sedikit.

Image

Tadika saya belajar pun dekat, di dalam kawasan rumah saya sahaja. Kelak mungkin saya boleh ke sekolah sendiri tanpa ditemani Ayah ataupun Mama. (Err, bolehkah begitu?) ๐Ÿ˜‰

Maaflah, saya terpaksa minta diri dahulu, jika tidak saya akan lewat pula untuk perhimpunan harian di sekolah. Semoga berjumpa lagi ๐Ÿ™‚

Wassalam.

Hari Bersuka-ria

Standard

Siapa setuju dengan saya, hujung minggu adalah hari untuk bersuka-ria? Marilah setuju dengan saya… ๐Ÿ™‚

Betullah. Pada hari hujung minggu sahaja saya boleh bermain di taman permainan kanak-kanak..

Meskipun taman permainan kanak-kanak ini hanyalah di kawasan kediaman rumah saya sahaja, pada hujung minggu sahaja saya dibenarkan bermain di sini..

Hm, tengoklah apabila saya besar nanti. Saya mahu pergi sendiri, (bolehkah? hehehe) Saya mahu bermain buaian sepuas-puasnya dan tinggi-tinggi. Bermain buaian sangat seronok! ๐Ÿ™‚

Perjumpaan Mini Kawan Sekolah Mama

Standard

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu Mama tiba juga. Jadual ayah sudah ditempahnya sejak hampir sebulan bagi memenuhi jemputan perjumpaan mini bersama kawan lama sekolahnya di Taman Shahbandaraya, Klangย ๐Ÿ˜›

Punyalah bersemangat, kami merupakan keluarga pertama yang tiba di rumah aunty Gee sebagai pengelola majlis ๐Ÿ™‚

Bukan hanya Mama sahaja seronok jumpa kawan lamanya, saya juga dapat kawan baru.

Syukurlah si montel ini baik-baik sahaja moodnya, sekiranya tidak pasti Mamanya kena balik awal ๐Ÿ˜›

Disebabkan menu yang disediakan banyak dan sedapย aunty-aunty yang peramah ini duduk sahajalah keliling meja hihi..jangan marahย aunty Fatimah, aunty Sab dan aunty Ija ๐Ÿ˜›

Sebut fasal menu, hari itu ada mihun tomyam, nasi impit, apam gebu, laksa, kek keramel dan juga sumi untuk kanak-kanak. Ada juga sesi BBQ. Kesemuanya sedap-sedap.

Oh! Ada lagi rupanya yang saya belum perkenalkan, yang bersalaman itu aunty Midah dan aunty Fatimah. Yang bertudung putih itu aunty Anna.

Kini tiba giliran saya pula bersalaman dengan aunty Siti yang pada ketika itu baru sahaja tiba.

Sebelum pulang, kami bergambar bersama-sama.

Peserta paling kecil di hari itu, Muhaimin namanya baru sahaja berusia 7 bulan. Muhaimin pun spoting!

Aha ini situasi biasa, pada ketika ini jugalah mahu cek samada masing-masing masih menyimpan nombor telefon masing-masing sambil diperhatikan olehย aunty Gee ๐Ÿ˜›

Kecoh sungguh! Hihihi

Setelah 3 jam di sana (lama tu), tepat 3.30 petang kami berangkat pulang ke Batu Caves semula. Terima kasih aunty Gee sekeluarga atas layanan baik dan susah payahnya. InsyaAllah ada kelapangan kita berjumpa lagi. Amin.

Ronda-ronda di Kampung Mama

Standard

Kenangan istimewa sepanjang pulang ke kampung Mama yang lalu sudah tentulah apabila Tok menawarkan saya ronda-ronda keliling kampung dengan motorsikal kesayangannya yang sudah berusia 34 tahun itu. Sejarah motorsikal ini pernah ditulis dahulu di sini.

Wah! Memang panjang usia motorsikal Tok ini ya. Sudah tentu banyak jasanya pada Mama adik-beradik.

Seronok. Pertama kali saya menunggang motorsikal Vespa Tok ini. Oh! Rupa-rupanya saya perlu berdiri di bahagian pemijak di hadapan..

Lihat, seperti saya yang bawa Tok bersiar-siar bukan? Hihi

Beruntungnya saya kerana masih berkesempatan menunggang motorsikal yang sama dengan Mama ketika dia seusia saya dahulu ๐Ÿ™‚

Aha, ini pula motorsikal wajib ditunggang apabila saya berada di kampung Mama. Sebagaimana Acik sayangkan motorsikalnya begitulah juga saya..cewah!

Dilarang menunggang sebegini ya. Bahaya. Aksi ini hanya untuk tujuan penggambaran sahaja.

Oh! Kelak, mungkin saya perlu buat jadual giliran ronda keliling kampung memandangkan sepupu saya, Insyirah juga seperti mempunyai minat yang sama seperti saya..tidak bagus berebut-rebut.. ๐Ÿ˜€

Foto Hari Raya 2012

Standard

Assalammualaikum. Selamat Hari Raya Adilfitri.

Sedar tidak sedar, sudah 10 hari kita di bulan Syawal.

Rasanya belum terlewat sekiranya saya mahu uploadkan foto Hari Raya keluarga kecil kami di sini.

Hm, ini semua gara-gara asyik terlihat posting rakanย Facebook Mamalah yang hampir setiap hari kemaskinikan album mereka dengan album raya mereka. Bagus juga, boleh juga saya kemaskinikan blog saya daripada terbiar sepi ๐Ÿ™‚

Tadaaaaa!

Inilah baju raya saya pada tahun ini. Cantik, bukan? Tentulah, saya memilihnya mengikut citarasa terhebat saya ๐Ÿ˜›

..dan sudah tentulah ia mesti berwarna pink!

Semenjak sudah besar ini, urusan memilih baju, saya tidak serahkan 100% lagi kepada Mama. Sekiranya tidak, sudah tentulah baju kurung saya kelak tidak akan berwarnaย pinkย lagi..hihi

Oleh yang demikian, sudah tentulah tidak pelik sekiranya warna tema Hari Raya saya tidak pernahnya sedondon dengan Mama dan juga Ayah ๐Ÿ˜‰

Ada yang bertanya, ‘Mama tidak marahkah?’..

Tidaklah. Rasanya Mama pun sudah redha.. ๐Ÿ˜€

Berbuka Puasa Di Janda Baik

Standard

Setelah 21 hari berpuasa barulah kami sekeluarga berkesempatan berbuka puasa bersama-sama Nenek dan Atuk Profesor di Janda Baik.

Selesai menikmati juadah berbuka puasa yang istimewa, saya mengambil kesempatan meluangkan masa berbual-bual dengan Atuk Profesor sementara menunggu tibanya waktu solat Isyak.

Sempat juga saya tunjukkan kepada Atuk beg tangan baru saya ini. Beg tangan rayalah katakan ๐Ÿ˜›

Kasihan Atuk, puas memujuk saya untuk bergambar bersama.

Maaf ya Atuk, semenjak saya sudah besar ini, saya malu apabila disuruh mahupun diajak bergambar bersama ๐Ÿ™‚

Kelak apabila malu-malu saya berkurangan, kita bergambar sama ya.

Infak Ramadan di Sungai Besar

Standard

Salam Ramadan al-Mubarak.

Alhamdulillah, sedar tidak sedar sudah 24 hari kita di bulan Ramadan. Tidak lama lagi Syawal pula menjelma.

Tinggal seminggu sahaja lagi kita bakal menyambut Hari Raya. Saya sudah pun punyai sepasang baju kurung dan juga sepasang tshirt sempena hari tersebut. Alhamdulillah..Saya dikira beruntung kerana berkesempatan bertukar baju raya setiap kali datangnya Syawal.

Kata Mama, tidak semua orang diberi kesempatan begitu. Katanya lagi, dalam pada kita bergembira, jangan sesekali lupa pada insan yang tidak bernasib baik. Untuk itu, Mama mempelawa saya dan juga ayah (mujurlah ayah habis kerja awal pada hari itu) ke Sungai Besar bagi memenuhi aktiviti tahunan tempat kerjanya dalam program Infak Ramadan Tim Cheng Ho.

Pada hari tersebut, kami membantu abang-abang dan juga kakak-kakak membeli baju raya.

Seronok. Secara tidak langsung, saya juga turut terlibat cuba membantu memilih baju untuk 2 orang abang di dalam kumpulan kecil uncle Amir dan Cijah ๐Ÿ™‚

Inilah abang-abang yang kami bantu di dalam kumpulan kecil Cijah dan uncle Amir.ย Semoga dengan adanya bantuan sebegini abang-abang dan kakak-kakak gembira untuk menyambut Hari Raya.

Semoga Allah murahkan lagi rezeki kita supaya dapat terus membantu golongan yang tidak bernasib baik ini. Amin…

Kenduri Kahwin Alang

Standard

Sudah 2 minggu berlalu selepas kenduri menghantar Alang sempena majlis perkahwinannya di Terengganu kini tiba pula masanya majlis dibuat di Perak.

Pada sebelah pagi sebelum majlis bermula, sayalah orang yang paling sibuk.ย Saya berperanan sebagai tukang susun seterusnya merangkap penjagaย goody bagsย di meja menyambut tetamu.

Banyak bukan?

Kalaulah ia boleh dijual, dapatlah juga saya menambah duit tabungan ๐Ÿ˜€

Jika di Terengganu pasangan pengantin memilih merah sebagai warna tema, majlis di Perak pula berwarna kelabu.

Alang dan Mak Lang bergambar di pelamin.

..kini giliran saya pula, hihi..

Mujurlah Mak Lang saya spoting, sanggup beri peluang kepada saya dan Anyah (yang sibuk mahu menyelit juga) duduk di pelaminnya ๐Ÿ˜›

Oleh kerana sangat teruja dengan kahwin-kahwin inilah, saya diberi peluang untuk jadi pengapit. Tidak dapat jadi pengantin, jadi pengapit pun sudah dikira baik ๐Ÿ™‚

Mentanglah anak fotografer bertugas, di dalam gambar keluarga Anyah bersama pengantin pun masih terselit saya di situ ๐Ÿ˜›

Inilah dinamakan kemaruk pelamin! Hehe..

Mama pun mahu juga bergambar di pelamin? Haih.. ๐Ÿ˜›

Di barisan hadapan pelamin, saya, uncle Mukhlis dan aunty Tisya ๐Ÿ™‚

Sungguh kelihatan keterujaan kami, bukan? Hihihi..

Ini pula antara barisan penyambut tetamu.

Mereka pula aunty saya. Kesemuanya masih bujang ya ๐Ÿ˜‰

Atuk dan Nenek dari Janda Baik pun turut hadir memeriahkan majlis.

Terima kasih Atuk dan Nenek kerana sudi hadir..

Ini pula potret pengantin bersama ibu dan bapa masing-masing..

Ini bukanlah logo barangan sukan ‘Kappa’ ya? Hehe

Lagi pose istimewa daripada pengantin..

Pada sebelah malam pula ada sesi membuka hadiah.

..dan juga acara potong kek. Amboi, suka betul Alang bila disuapkan kek, ya?

Saya pun suka kek!

Selamat pengantin baru Alang dan Mak Lang. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Jemputan Makan Malam di Hotel

Standard

Petang semalam, sejurus pulang dari sekolah ayah beritahu kami akan memenuhi jemputan makan malam di luar.

Kata ayah, kami akan malam di Concorde Hotel bersama Atuk Latif yang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Yang seronoknya, Ayah beri lampu hijau untuk saya makan aiskrim setelah berbulan-bulan saya tidak menjamahnya ๐Ÿ™‚

Oh! Maaf, saya makan menggunakan tangan kiri, disebabkan tangan kanan saya sakit. Sakit akibat menjalani ujian darah, 3 hari lalu ๐Ÿ˜›

Inilah Atuk saya. Saya rasa kelak ayah tua beginilah mukanya, kot..hihi

Terima kasih atuk atas jemputan. Sehingga bertemu lagi. Saya doakan perjalanan pulang Atuk selamat dan dipermudahkan.

Sehingga Jumpa Lagi Terengganu :)

Standard

Ahad, 27 Mei 2012.

Oh! Selesai sudah majlis perkahwinan Alang di Terengganu. Kini sampai masanya pula untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara menunggu mama siap mengemas barang untuk berangkat pulang, saya bersiar-siar menghirup udara pagi di hadapan homestay yang Alang sewakan buat kami bersama-sama Tok Su ๐Ÿ™‚

Sepanjang dua hari di sana, baru inilah kesempatan saya bersantaian di hadapan homestay ini kerana cuaca di sini tidak mengizinkan.

Kira-kira jam 10 pagi kami sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur, sementara yang lain-lain masih menunggu masa untuk pulang ke Perak.

Di dalam perjalanan pulang kami ke Kuala Lumpur, tiba-tiba ayah mengajak kami singgah di Pantai Cherating yang hanya beberapa kilometer sahaja dari laluan kami.

Tentulah saya gembira dan teruja apabila ayah memberi masa satu jam kepada saya untuk bermain air laut ๐Ÿ™‚

..tengok habis basah baju saya. Sungguhpun sudah terjatuh akibat tidak pandai mengimbangi badan, ia langsung tidak mematahkan semangat saya untuk terus bermain di pantai..hehehe

..siap masih boleh memilih port untuk posing lagi.

Cukup masa 1 jam, ayah mengajak pulang. Semoga 1 hari nanti mama boleh belanja kami bercuti di Cherating kelak. Amin ๐Ÿ™‚